Saturday 30 December 2017

REFLEKSI




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah izin-Nya dapat saya akhiri studio grafik komputer dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Hasil pengalaman saya daripada mengikuti kelas ini, saya dapat memperolehi banyak ilmu dan pengalaman yang sangat berguna untuk saya mengaplikasinya di dalam bilik darjah terutama dalam bidang teknologi dimana saya boleh mengguna pakai apa yang diajar oleh Dr Nor Syazwani sepanjang semester 6 ini di dalam studio grafik komputer.

 Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Syazwani selaku pensyarah bagi mata pelajaran Studio Grafik Komputer. Selain itu, sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan saya yang turut berkongsi maklumat dan sama-sama berbincang dalam mempelajari dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi sepanjang berlangsungnya kelas ini dan tugasan yang diberikan pada setiap minggu. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap aplikasi teknologi maklumat dalam prinsip grafik, teknik fotografi, arabes dan  sebagainya. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak mencukupi bagi saya untuk memahami sukatan pelajaran dalam Studio Grafik Komputer. Oleh itu, field trip yang diadakan sepanjang 1 hari  telah banyak membantu saya menerokai segala perkara atau topik yang dipelajari dalam sepanjang semester ini.. Malah, saya berpeluang untuk mengaplikasi beberapa teknik grafik,  perisian dalam kamera DSLR dan sebagainya. Hal ini adalah penting kerana sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan di samping mencapai objektif dan hasil pembelajaran.

Pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang semester ini dapat memberi limpahan ilmu yang tidak terhingga untuk digunakan pada masa akan datang. Di samping itu, nilai-nilai kerjasama dan saling bantu-membantu juga dipraktikkan semasa field trip yang diadakan  ini secara berkumpulan. Dalam kerja kumpulan kami dikehendaki menangkap gambar dengan pelbagai teknik untuk kami memahami fungsi dan kelebihan kamera DSLR. 

Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kelas lanjutan grafk ini. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat mengikuti Studio Grafik Komputer ini sehingga, minggu ke 14. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr Nor Syawani Bin Mat Salleh dalam ilmu yang diberikan sepanjang kelas Studio Grafik Komputer. Sekian, Terima Kasih.......😘

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah izin-Nya dapat saya akhiri studio grafik komputer dan dapat menyiapkan tuga...