Monday 18 September 2017

Cara-cara Membuat Tipografi (Youtube) dan Tipografi Final

Link 👇







TIPOGRAFI FINAL





Contoh-contoh Self-Potrait Tipografi








Jenis-jenis Huruf


Berikut merupakan antara beberapa jenis huruf berdasarkan klasifikasi yang dilakukan oleh James Craig :
  1. Roman
    Ciri dari huruf ini adalah memiliki sirip/kaki/serif yang berbentuk lancip pada ujungnya. Huruf Roman memiliki ketebalan dan ketipisan yang kontras pada garis-garis hurufnya. Kesan yang ditimbulkan adalah klasik, anggun, lemah gemulai dan feminin.
  2. Egyptian
    Adalah jenis huruf yang memiliki ciri kaki/sirip/serif yang berbentuk persegi seperti papan dengan ketebalan yang sama atau hampir sama. Kesan yang ditimbulakn adalah kokh, kuat, kekar dan stabil.
  3. Sans Serif
    Pengertian San Serif adalah tanpa sirip/serif, jadi huruf jenis ini tidak memiliki sirip pada ujung hurufnya dan memiliki ketebalan huruf yang sama atau hampir sama. Kesan yang ditimbulkan oleh huruf jenis ini adalah modern, kontemporer sama.
  4. Script
    Huruf Script menyerupai goresan tangan yang dikerjakan dengan pena, kuas atau pensil tajam dan biasanya miring ke kanan. Kesan yang ditimbulkannya adalah sifast pribadi dan akrab.
  5. Miscellaneous
    Huruf jenis ini merupakan pengembangan dari bentuk-bentuk yang sudah ada. Ditambah hiasan dan ornamen, atau garis-garis dekoratif. Kesan yang dimiliki adalah dekoratif dan ornamental.
Dalam pemilihan jenis huruf, yang senantiasa harus diperhatikan adalah karakter produk yang akan ditonjolkan dan juga karakter segmen pasarnya. Seperti misalnya pada produk minyak wangi untuk wanita jarang yang menggunakan jenis huruf Egyptian karena berkesan kuat dan keras dan biasanya mempergunakan jenis huruf Roman yang bernuansa klasik dan lembut sehingga cocok dengan karakter minyak wangi dan wanita.

Anatomi Huruf dalam Tipografi


Setiap bentuk huruf dalam sebuah alfabet memiliki keunikan fisik yang menyebabkan mata kita dapat membedakan antara huruf ‘m’ dengan ‘p’ atau ‘C’ dengan ‘Q’. Keunikan ini disebabkan oleh cara mata kita melihat perbezaan antara komponen visual yang satu dengan yang lain. Sekumpulan pakar psikologi dari Jerman dan Austria pada tahun 1900 memformulasikan sebuah teori yang dikenal dengan teori Gestalt. Teori ini fokus pada ‘pattern seeking’ dalam perilaku manusia. Setiap bahagian dari sebuah gambar dapat dianalisis dan diolah sebagai komponen yang berbeza. Salah satu hukum persepsi dan teori ini membuktikan bahawa untuk mengenal atau ‘membaca’ sebuah gambar diperluaskan adanya kontra atara ruang positif yang disebut dengan figura dan ruang negatif yang disebut dengan ground.

Sejarah Perkembangan Tipografi


👉Sejarah perkembangan tipografi dimulai dari penggunaan pictograph. Bentuk bahasa ini antara lain dipergunakan oleh bangsa Viking Norwegia dan Indian Sioux. Di Mesir berkembang jenis huruf Hieratia, yang terkenal dengan nama Hieroglif pada sekitar abad 1300 SM. Bentuk tipografi ini merupakan akar dari bentuk Demotia, yang mulai ditulis dengan menggunakan pena khusus.
👉Puncak perkembangan tipografi, terjadi kurang lebih pada abad 8 SM di Roma saat orang Romawi mulai membentuk kekuasaannya. Karena bangsa Romawi tidak memiliki sistem tulisan sendiri, mereka mempelajari sistem tulisan Etruska yang merupakan penduduk asli Italia serta menyempurnakannya sehingga terbentuk huruf-huruf Romawi.
👉Saat ini tipografi mengalami perkembangan dari fase penciptaan dengan tangan hingga mengalami komputerisasi. Fase komputerisasi membuat penggunaan tipografi menjadi lebih mudah dan dalam waktu yang lebih cepat dengan jenis pilihan huruf yang ratusan jumlahnya.

Apa itu Tipografi???

Tipografi (dalam bahas inggris : Typography) adalah perpaduan antara seni dan teknik mengatur tulisan, agar maksud serta erti tulisan dapat disampaikan dengan baik secara visual kepada audien. Pengolahan tipografi tidak hanya terbatas pada pemilihan jenis huruf, ukuran huruf, dekorasi, kesesuaian dengan tema sahaja, tetapi juga meliputi cara susunan vertikal atau horizontal tulisan pada sesetengah design. Ilmu tipografi digunakan pada banyak bidang diantaranya dessign grafiks, design web, percetakan, majalah, design produk dan lain-lain.

REFLEKSI

BAGAIMANA GRAFIK BOLEH DIKAITKAN DENGAN SENI??
Pada pandangan saya, seperti mana yang kita faham bahawa reka bentuk grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital. Oleh itu, reka bentuk grafik berhubungkait dengan seni, di mana terdapat Elemen Reka Bentuk Visual seperti :
- Ruang
- Warna
- Garisan
- Jalinan/ permukaan ( Tampak @ Sentuh )
- Bentuk 3 Dimensi ( 3D Sebenar/ Konkrit ), ( 3D Tiruan/ Ilusi Gambar )
- Rupa 2 Dimensi (Bentuk Geometri/ Organik ) yang terdapat di dalam Pendidikan Seni.


Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif. Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami  oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Contoh-contoh Reka Bentuk Grafik







JENIS-JENIS REKA BENTUK GRAFIK👇

👍Reka bentuk Pembungkusan berfungsi bagi memelihara dan memberi maklumat barangan dan mempromosi jualan.
Image result for reka bentuk pembungkusan
Reka bentuk Pembungkusan.

👍Reka bentuk iklan -Poster, risalah dan papan iklan berfungsi bagi mempromosikan barangan, memberi peringatan, dan ketakterbacaan.

Image result for reka bentuk iklan
Reka bentuk iklan

👍Reka bentuk korporat –logo, kad nama, kapala surat, reka bentuk grafik pada kenderaan ataucenderamata,kelendar dan kad jemputan, berfungsi untuk perdagangan dan korporat.

Image result for reka bentuk iklan
Reka bentuk korporat.

👍Reka bentuk buku, kulit majalah dan setem berfungsi sebagai pemberi maklumat dan mempromosi barangan.



Image result for reka bentuk iklan

Reka bentuk penerbitan umum

TUJUAN REKA BENTUK GRAFIK

👉 Bertujuan untuk memudahkan org ramai memahami sesuatu perkara berhubung dengan sesuatu maklumat yang melibatkan proses penciptaan bentuk2 visual sebagai bahagian komunikasi yang berkesan kepada pelanggan. 
👉Memerlukan kemahiran menyusun muka taip, reka letak dan ilustrasi.
👉 pereka grafik perlu memahami unsur seni dan prinsip rekaan utk menghasilkan ciptaan grafik yang berkesan.

👉 Fungsi reka bentuk grafik :
a. komunikasi
b. promosi
c. petunjuk
d. peringatan
e. arahan
f. keperluan korporat
6. Terdpt dua persembahan reka btk grafik-media cetak dan media elektronik
7. Reka btk media digital-video,filem, home page, multimedia
8. Dihasilkan dlm 2D dan 3D
9 Terbhg kpd 3
a. Reka btk korporat-logo, kepala surat, kad perniagaan
b. Pengiklanan-poster, papan iklan, kepala surat, risalah, grafik persekitaran
c. Ilustrasi- kulit majalah, risalah akhbar, buku

Kemahiran Yang Diperolehi

Pemahaman Teori, Aplikasi Prinsip Rekaan dan Teknik Lukisan, Illustrasi
Mempelajari teknik lakaran dan ilustrasi bermula dari cetusan idea, perkembangan konsep sehinga ke lakaran akhir hasil kerja grafik. Pengetahuan teori seperti elemen asas rekaan, prinsip rekaan, sejarah rekaan, fotografi, teori warna dan taipografi digabungkan bersama lakaran bagi menghasilkan rekaan grafik yang sejajar dengan kehendak industri.

Kemahiran mengendalikan perisian komputer
Mendedahkan pelajar dengan menggunakan komputer sebagai peralatan penerbitan dekstop, mengaplikasikan lukisan, imej, tipo dan sebagainya dengan menggunakan perisian ilustrasi, manipulasi imej dan reka letak untuk menghasilkan hasil kerja grafik.

Pengiklanan dan Penerbitan



Pengiklanan memperkenalkan trend terkini di dalam sesuatu promosi, pemasaran, membentuk pasaran sasaran, pengguna, teori dan strategi pengiklanan, peletakan produk dan bagaimana iklan memberi impak terhadap sesuatu proses rekaan. Penerbitan memperkenalkan pelajar dengan penghasilan penerbitan yang menggabungkan taip, grafik, warna dan jalinan menggunakan format pelbagai bagi menghasilkan hasil kerja yang baik dan efektif di dalam sesuatu penerbitan.

Rekaan Korporat





Mempelajari tentang proses menghasilkan logo korporat yang memberi impak maksimum dengan memberi penekanan terhadap pemilihan warna, taip, simbol, elemen penjenamaan dan elemen berkaitan. Pelajar akan dilatih untuk menyelesaikan masalah penjenamaan dan identiti korporat beberapa syarikat juga memperlihatkan bagaimana rekaan grafik mempengaruhi sistem identiti korporat mereka.

Kepentingan Grafik


Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
 Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.
 Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.
Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.
Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.


Apa itu REKA BENTUK GRAFIK ?



Grafik (berasal dari perkataan Greek  merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, dan papan.Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf,tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta,lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.




1. Grafik komputer (Computer graphics) adalah ilmu komputer yang berkaitan dengan pembuatan dan manipulasi gambar (visual) secara digital. Bentuk sederhana dari grafik komputer adalah grafik komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafik komputer 3D, pemprosesan gambar (image processing),dan pengenalan pola (pattern recognition). Grafik komputer sering dikenal juga dengan istilah visualisasi data.

2. Grafik komputer merupakan penghasilan grafik menggunakan bantuan perkakasan dan perisian perisian tertentu dari komputer bagi menggantikan alat dan bahan penghasilan imej konvensional seperti pen, berus dan warna.

3. Keperluan peralatan: CPU ( memproses kerja ), monitor (papar visual), perakan DVD/cakera padat, cakera DVD/CD atau flash/thumb drive ( untuk simpan data ), pengimbas, kamera digital, pencetak.


4. Skop Perisian grafik: Program persembahan, Program lukisan dan catan, Program penyuntingan foto, dan Program penerbitan (Desktop Publishing)

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah izin-Nya dapat saya akhiri studio grafik komputer dan dapat menyiapkan tuga...