GUNUNG LANG
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak 5 kilometer dari bandaraya Ipoh,
adalah satu daripada beberapa gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri
Perak, khususnya di Lembah Kinta. Pada tahun 1999, Gunung Lang telah dijadikan
taman rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian
Pelancongan.
Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik bauatan dari bekas lombong
bijih timah. Tasik Gunung Lang juga dipenuhi dengan pelbagai spesis ikan air tawar
seperti kelah, lampam, kap, talipia, dan juga keli. Pengunjung juga berpeluang
melakukan aktiviti memberi makan kepada pelbagai jenis hidupan didalam tasik
tersebut. Sebanyak RM8.4 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan Taman
Gunung Lang melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam
sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh oleh Jabatan Landskap
Negara.
Taman Rekreasi Gunung Lang ini menyediakan laluan pejalan
kaki meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi dengan menara pandang
jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, pergola,
gerbang warisan, tandas dan surau. Juga terdapat ladang rusa dan juga burung.
Dengan kehijauan pulau yang kelihatan dari jauh, ia turut dipenuhi
dengan spesies bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa
(pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).
Fasa kedua taman ini menghimpunkan puluhan spesies Heliconia atau yang
dikenali sebagai `sepit udang’ untuk menjadikannya taman terbesar yang pernah
menghimpunkan spesies heliconia di Malaysia. Kebanyakan spesies bunga ini sukar
didapati dan hanya tumbuh meliar di tengah hutan di luar negara.Spesies ini
dijadikan tanaman hiasan kerana keunikannya yang pelbagai jenis dan mempunyai
pelbagai saiz, warna dan bentuk yang mampu menarik minat terutama penggemar
tanaman hiasan ini.
Spesies heliconia yang terdapat di sini :
Heliconia Caribea Gold (keemasan)
Rostrata Ruiz and Pavon (merah)
Psittacorum Sassy (jingga)
Psittacorum Rubra (kuning)
Spectabilis India Lamarck (merah jambu)
Angusta Vellozo Red Christmas (putih kemerahan)
Anda boleh menyelidiki spesies pisang hutan yang sukar didapati dan
tidak pernah dilihat di tempat lain , antaranya :
Musa Laverder
Pink Lasiocarpo
Sumatrana
Coccina
Jenis pisang hutan turut ditanam dengan pelbagai jenis dan saiz yang
mana kebanyakan spesies pisang hutan ini lebih kecil saiznya berbanding pokok
pisang biasa. Manakala jenis daunnya pula bersaiz kecil, berlainan warna
seperti warna kemerahan dan jantung pisang berwarna merah jambu, merah hati dan
yang paling uniknya berwarna kuning. Selain dari itu, disini
turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak
perkhemahan. Tapak perkhemahan khas ini boleh memuatkan sehingga 600 pengunjung
pada suatu tempoh masa bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk kem
motivasi, hari keluarga dan perkhemahan keluarga.
Dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang ini juga, pengunjung berpeluang
menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan
manusia tertinggi di Malaysia. Disini juga menjadi tempat kegemaran jurugambar dan pasangan pengantin
untuk mengabadikan momen-momen indah berlatarbelakang air terjun buatan ataupun
tasik buatan.
Tiket
untuk menaiki bot untuk ke pulau buatan yang jaraknya kira-kira 300 meter pula
cuma berharga RM3 bagi dewasa, RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga tua.
TAMAN JEPUN
Taman
Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di Ipoh,
Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut struktur lanskap
yang unik sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. Kini, Taman Jepun
boleh diklasifikasikan sebahagian daripada Taman D.R. Seenivasagam. Taman ini
telah dibuka pada awal tahun tahun 50-an.
Taman
ini secara rasminya dibuka pada 30 Jun 1995 dalam majlis gilang gemilang yang
dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Ahmad Salleh Haji Sarif bersama
dengan Datuk Bandar sebelumnya, Dato Haji Umar Haji Abu. Sementara itu,
bendahari Majlis Bandaraya Fukuoka, Encik Watanabe mewakili Datuk Bandar
Fukuoka.
Taman
ini mendapat gelaran “Taman Mini Jepun” selepas termeterainya perjanjian di
antara bandar Ipoh dan bandar Fukuoka pada 21 Mac 1989. Lanskap taman ini
adalah hasil reka bentuk pegawai lanskap Majlis Bandaraya Ipoh, dengan dibantu
nasihat dan kepakaran daripada Majlis Bandaraya Fukuoka. Setiap tahun,
sekumpulan pelajar dari Kolej Nishinihon, Fukuoka akan menjalani latihan
praktikal dalam penyelenggaraan taman ini. Ini merupakan program pertukaran
pelajar di samping aktiviti-aktivitinya dibuat oleh bandaraya berkembar iaitu
Ipoh dan Fukuoka.
Taman
Jepun ini dihiasi dengan beberapa ‘rock lantern’ dan ‘rock water pitcher’.
Pohon-pohon bambu atau buluh turut menghiasi pintu masuk manakala di sepanjang
laluan pejalan kaki, dihiasi taburan batu-batu kecil berwarna kelabu, coklat
dan hitam yang diperolehi dari sungai berhampiran bandar Kuala Kangsar. Selain
itu, taman ini turut dihiasi pokok willow dan pokok pain bagi menambahkan lagi
ciri-ciri Jepun. Rumpun-rumpun kecil teratai turut mewarnai taman tersebut.
Disamping itu, terdapat juga pulau kecil di tasik utamanya yang dihubungkan
dengan jambatan kayu bersama dengan sudut tempat rehat. Secara keseluruhannya,
suasana di Taman Mini Jepun ini memberikan perasaan yang mendamaikan
seolah-olah berada di negara Jepun itu sendiri.
KUIL KEK LOOK TONG
Kuil Kek Look Tong merupakan sebuah kuil yang menjadi tumpuan
pelancong yang terletak di Ipoh, Perak. Ia di bina sekitar 1970-an dan terletak
sekitar 5 km dari bandar Ipoh. Di dalam kuil gua ini terdapat
pelbagai patung Buddha yang diletakkan di celah-celah stalaktit dan bongkah batu. Kuil Kek Look Tong terletak
dalam unjuran batu kapur di belakang Gunung Rapat.
Gua Kek Look Tong adalah salah
satu daripada tempat menarik di
Ipoh yang boleh anda kunjungi untuk melihat suasana di dalam gua.
Tempat ini sebenarnya adalah tempat beribadat bagi yang beragama Buddha,
namun begitu ia dibuka untuk kunjungan awam oleh kerana struktur dalaman
semulajadinya yang unik dan tersendiri Kemudahan tempat parking luas
untuk para pengunjung.
Suasana di dalam gua ini amatlah
memukau kerana terdapat stalagmite & stalactite yang menjadi
reka bentuk yang begitu indah. Tambahan pula, suasana di dalam gua ini
sememangnya nyaman.
Apabila anda masuk ke dalam gua,
akan ada tangga untuk ke bahagian atas. Anda bebas untuk menerokai kawasan ini. Sesetengah tempat akan dipagar untuk mengelakkan
kanak-kanak memanjat kawasan tersebut. Anda hanya perlu berjalan terus ke atas
dan anda akan menjumpai tokong-tokong Buddha yang cantik.
Di hadapannya, terdapat satu
kawasan yang harus anda lihat (yes, go into the light)- taman
tersembunyi di sebalik gua! Kawasan ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong.
Ramai yang datang untuk bergambar kerana suasananya yang indah. Selain itu, ada
penduduk yang tinggal berhampiran kawasan ini juga boleh dilihat beriadah
seperti berjogging kerana kawasan persekitarannya yang
menyegarkan.
Gua ini dibuka untuk lawatan
bermula jam 7:00pagi sehingga 6:00 petang setiap hari – pintu pagar akan mula
ditutup pada jam 5:30 petang. Caj masuk ke dalam gua ini adalah percuma.
No comments:
Post a Comment