Seringkali kita terdengar, dan ada yang bertanya juga apa perbezaan dan kelebihan Vector dan Raster ni. Adakah penting untuk kita
mengetahui kegunaannya dan kelebihannya? Ya sangat penting, lebih-lebih lagi
jika anda adalah seorang pereka grafik yang termasyur.
Sekiranya anda bekerja dalam industri kreatif dan melibatkan kerja untuk anda
mereka grafik, adalah amat penting untuk anda mempunyai pemahaman asas imej
Raster & Vector. Imej raster adalah terbentuk dari kumpulan dot per inch
(dpi) dan diwujudkan melalui imbasan karya seni seperti hasil suntingan gambar
dan sebarang program. Manakala imej Vector pula terbentuk dari garisan
melengkung dan garisan yang membentuk objek.Imej ini terhasil melalui pengiraan
matematik menggunakan perisian berasaskan vektor contohnya seperti Adobe
Illustrator.
Perbezaan Imej Raster dan Imej Vector
RASTER
|
VECTOR
|
|
Resolusi
|
DPI
|
Pengiraan matematik
|
Saiz
|
Lebih
besar bergantung kpd dpi
|
Sangat
kecil
|
Format
|
BMP, PCX, TIFF, JPEG, PNG, PSD
|
EPS, AI, WMF, CDR, DXF
|
Hasil Karya
|
Poster
Bergambar, Gambar lukisan, Gambar manipulasi
|
Logo,
Animasi 2D, Clip Art,
|
Perisian
|
Adobe Photoshop, Win Paint dll
|
Adobe Illustrator, Coral Draw,
Adobe Flash, Freehand |
Kelebihan
|
Menambahkan
kesan khas seperti pencahayaan dan bayang-bayang.
|
Saiz
imej dapat diubah tanpa menjejaskan kualiti imej.
|
No comments:
Post a Comment