Pemahaman Teori, Aplikasi Prinsip Rekaan dan Teknik Lukisan,
Illustrasi
Mempelajari teknik
lakaran dan ilustrasi bermula dari cetusan idea, perkembangan konsep sehinga ke
lakaran akhir hasil kerja grafik. Pengetahuan teori seperti elemen asas rekaan,
prinsip rekaan, sejarah rekaan, fotografi, teori warna dan taipografi
digabungkan bersama lakaran bagi menghasilkan rekaan grafik yang sejajar dengan
kehendak industri.
Kemahiran mengendalikan perisian komputer
Mendedahkan pelajar
dengan menggunakan komputer sebagai peralatan penerbitan dekstop,
mengaplikasikan lukisan, imej, tipo dan sebagainya dengan menggunakan perisian
ilustrasi, manipulasi imej dan reka letak untuk menghasilkan hasil kerja
grafik.
Pengiklanan dan Penerbitan
Pengiklanan
memperkenalkan trend terkini di dalam sesuatu promosi, pemasaran, membentuk
pasaran sasaran, pengguna, teori dan strategi pengiklanan, peletakan produk dan
bagaimana iklan memberi impak terhadap sesuatu proses rekaan. Penerbitan
memperkenalkan pelajar dengan penghasilan penerbitan yang menggabungkan taip,
grafik, warna dan jalinan menggunakan format pelbagai bagi menghasilkan hasil
kerja yang baik dan efektif di dalam sesuatu penerbitan.
Rekaan Korporat
Mempelajari tentang
proses menghasilkan logo korporat yang memberi impak maksimum dengan memberi
penekanan terhadap pemilihan warna, taip, simbol, elemen penjenamaan dan elemen
berkaitan. Pelajar akan dilatih untuk menyelesaikan masalah penjenamaan dan
identiti korporat beberapa syarikat juga memperlihatkan bagaimana rekaan grafik
mempengaruhi sistem identiti korporat mereka.
No comments:
Post a Comment