Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu
menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
Grafik seperti
lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan
sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.
Visualisasi merupakan
antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh
digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.
Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna,
mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi
sesuatu konsep.
Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu
menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan
menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat
di sesebuah laman web.
No comments:
Post a Comment