Monday 18 September 2017

REFLEKSI

BAGAIMANA GRAFIK BOLEH DIKAITKAN DENGAN SENI??
Pada pandangan saya, seperti mana yang kita faham bahawa reka bentuk grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital. Oleh itu, reka bentuk grafik berhubungkait dengan seni, di mana terdapat Elemen Reka Bentuk Visual seperti :
- Ruang
- Warna
- Garisan
- Jalinan/ permukaan ( Tampak @ Sentuh )
- Bentuk 3 Dimensi ( 3D Sebenar/ Konkrit ), ( 3D Tiruan/ Ilusi Gambar )
- Rupa 2 Dimensi (Bentuk Geometri/ Organik ) yang terdapat di dalam Pendidikan Seni.


Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif. Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami  oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah izin-Nya dapat saya akhiri studio grafik komputer dan dapat menyiapkan tuga...