Tuesday 10 October 2017

Apa itu risalah (Brochure)????

Definisi👉Risalah merujuk kepada bahan-bahan edaran atau siaran. Risalah  memberi maklumat dan penerangan terperinci tentang sesuatu produk berkaitan dengan institusi yang diwakilinya. Kini, risalah menjadi salah satu bahan untuk sesebuah institusi berkomunikasi dengan pihak awam. Risalah berfungsi untuk mempromosi dan mengiklankan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah institusi atau syarikat.


Cara menghasilkan risalah
👉Risalah dapat dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan gaya mengikut cita rasa institusi berkenaan. Kebiasaannya, risalah terhasil dalam bentuk sehelai kertas yang dilipat dua, tigatau beberapa kali. Ini bergantung pada kreativiti pereka yang menghasilkannnya. Penghasilan risalah melibatkan kombinasi tipografi, ilustrasi dan rekaletak. Tipografi bagi risalah biasanya bersaiz kecil, melainkan tajuknya. Ilustrasi yang digunakan mestilah berkaitan dengan tajuk risalah. Reka letak yang digunakan mestilah menarik perhatian dan dapat memperjelaskan maksud risalah. Risalah boleh dihasilkan melalui publisher atau photoshop dan program lain yang sesuai. Dalam publisher telah menyediakan beberapa jenis templates yang boleh digunakan secara terus. Pencipta juga boleh mereka grafik mengikut kreativiti sendiri.

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah izin-Nya dapat saya akhiri studio grafik komputer dan dapat menyiapkan tuga...